Satu lagi gerai yang dibuka bersempena dengan Kembara Zoom Malaysia adalah Syamiz Collections - http://syamizcollections.blogspot.com Mereka menjual dan membekal kain kebaya, kain kurung moden dan telekong (dari Indonesia). Walaupun kadang-kadang kami dalam keadaan yang sangat dan panas, kami tetap setia menunggu dan melayan pelanggan-pelanggan yang ada sampai ke malam. Mungkin pelanggan-pelanggan agak kurang mengunjungi gerai kami, tapi itulah adat berniaga...mesti cekal dan tabah walaupun 'dingin' sambutannya.
Yang seronoknya aktiviti ini menjalinkan persahabatan di antara saya dengan warga pekerja di sini dan juga mereka yang terlibat di dalam program yang ada di StarFresh ini ... !
Bagi mereka yang belum lagi pernah ke sini, saya cadangkan agar cuba rasa masakan mereka...makanan Cina Islam dan yang terkini makanan Barat Halal juga disediakan. Anda pasti tidak akan kecewa. Layarilah laman web mereka di http://www.starfresh.com.my
Inilah gerainya dan ....
.... ditemani oleh dua gadis jelita ...
.... dan seorang jejaka tampan bersongkok tinggi.
No comments:
Post a Comment