Thursday, August 20, 2009

Jualan Sempena Hari Raya

Sempena Hari Raya tahun ini, Hj Masood Hussin akan menawarkan diskaun sebanyak 10% untuk pelanggan-pelanggannya.
( Tarikh tutup ialah 7 September 2009 )


1. Songkok Hitam Dewasa ( Saiz dari 21 - 23 )
ketinggian 3 1/2"
Harga Biasa RM27.00
Selepas Diskaun (10%) RM24.30

2. Songkok Hitam Budak ( Saiz dari 19 - 20 3/4)
Ketinggian 3"
Harga Biasa RM15.00
Harga Selepas Diskaun (10%) RM13.50

Sekiranya berminat, sila hubungi 019-351 3606, atau sms ke nombor 014 980 5456.
Nyatakan saiz songkok anda dan saya akan sahkan tempahan anda. Songkok anda akan dihantar melalui poslaju setelah pembayaran diterima.


Sunday, June 21, 2009

Jualan Promosi di StarFresh Agro Park, Seremban

Aktiviti di StarFresh ( 19 - 22 Jun 2009 ) hanyalah sekadar mempromosikan kedai yang bakal dibuka nanti. Yang penting risalah-risalah tentang Kedai Hj Masood Hussin telah diedarkan kepada pengunjung-pengunjung yang datang ke sini.

Satu lagi gerai yang dibuka bersempena dengan Kembara Zoom Malaysia adalah Syamiz Collections - http://syamizcollections.blogspot.com Mereka menjual dan membekal kain kebaya, kain kurung moden dan telekong (dari Indonesia). Walaupun kadang-kadang kami dalam keadaan yang sangat dan panas, kami tetap setia menunggu dan melayan pelanggan-pelanggan yang ada sampai ke malam. Mungkin pelanggan-pelanggan agak kurang mengunjungi gerai kami, tapi itulah adat berniaga...mesti cekal dan tabah walaupun 'dingin' sambutannya.

Yang seronoknya aktiviti ini menjalinkan persahabatan di antara saya dengan warga pekerja di sini dan juga mereka yang terlibat di dalam program yang ada di StarFresh ini ... !

Bagi mereka yang belum lagi pernah ke sini, saya cadangkan agar cuba rasa masakan mereka...makanan Cina Islam dan yang terkini makanan Barat Halal juga disediakan. Anda pasti tidak akan kecewa. Layarilah laman web mereka di http://www.starfresh.com.my






Inilah gerainya dan ....














.... ditemani oleh dua gadis jelita ...














.... dan seorang jejaka tampan bersongkok tinggi.

Thursday, June 18, 2009

Pembukaan Kedai di Seremban

Alhamdulilah, cawangan Hj Masood Hussin akan dibuka di Seremban awal bulan depan. Silalah menjenguk ke kedai bila ada kelapangan. Alamat lengkap adalah seperti di bawah :-

Hj Masood Hussin ( cawangan )
No. 435 & 436, Lot G-02 Plaza Seremban Utara,
Jalan Tun Dr Ismail,
70200 Seremban, Negeri Sembilan

Kedai D'Mara ini dekat dengan Pasar Besar Seremban dan bersebelahan dengan Proton. Kalau nak singgah email atau telefon lah dulu...boleh saya siapkan minuman ringan....

Sementara itu, kami akan membuka gerai di StarFresh Agro Park mulai hari esok hingga hari Ahad ( 19 - 21 Jun 2009 ). Ini hanyalah sekadar memperkenalkan diri dengan masyarakat setempat. Kami akan menjual songkok ( harga pengenalan ! ), chapal, tudung, kain batik, kain pelekat, telekong dan banyak lagi... Kalau ada masa terluang, atau mungkin anda lalu ke arah Kuala Pilah, jangan lupo singgah sokojap. Makan kek sini pun sodap... tongah musim durian nih... dongar eh durian kek sini durian organik... bukan saje sodap tapi kesihatan pun terpoliharo.

Jangan lupo singgah kek kodai den.

Alamat StarFresh seperti di bawah:-
Lot 2599, 12 km Jalan Seremban-Kuala Pilah
70400 Seremban, Negeri Sembilan


Thursday, May 21, 2009

Hiasan Kepala - Cerita dari serata dunia

Sambil duduk-duduk dan minum teh, jari jemariku menyusuri laman-laman web mencari-cari bahan, terlihat pula beberapa laman web dan laman blog yang cukup menarik... cuba tengok...

1. Ada pula orang yang menjadi penghimpun topi, bermacam-macam topi dia ada...
http://www.albeer.de/


2. Yang ni paling saya suka... penulisnya memfokuskan item 'songkok' di dalam sebuah filem terkenal dan memberikan analisisnya yang cukup dalam.
http://www.rediesh.com/untuk-wanita/songkok-disanjung-bahasa-tak-terusung

3. Gambar-gambar songkok gergasi dan songkok tinggi
http://www.flickr.com/photos/gomogi/2852416471/
http://www.flickr.com/photos/meorjay/2882079869/

4. Ada pulak songkok Afrika Islam yang sedang dilelong...
http://cgi.ebay.com.my/ISLAM-AFRICAN-MENS-GOLD-CAP-ATUNSHE-SONGKOK-HAJJ-KUFFE_W0QQcmdZViewItemQQitemZ260367717282

Anda dijemput selitkan link yang ada kena mengena dengan songkok ( atau nama-nama lain di negeri lain ). Anda boleh tinggalkan komen anda.


Jenis Songkok

Penggunaan fabrik baldu yang baik kualitinya pada setiap songkok akan menjanjikan mutu yang tinggi. Apatah lagi dengan penjagaan yang baik, jangkahayatnya akan lebih panjang dan tampak seperti baru kiranya.


Sampel di bawah untuk tatapan anda ...


1. Songkok bersaiz kecil khusus untuk anak kecil yang bersaiz kepala dari 18 in hingga 19 3/4 in. Bumbungnya rata. Harga RM 15.00







2. Songkok Dewasa yang tingginya 3 in adalah pada kebiasaannya dipakai sebagai 'basahan'. Saiz dari 21 in hingga 23 in. Bumbungnya rata. Harga RM25.00
Mereka yang bersaiz kepala kecil ( dari 20 hingga 20 3/4 in) dengan bumbung rata. Harga RM22.00










3. Songkok Dewasa yang tingginya 3 1/2 in adalah mereka yang ingin tampak lebih segak dipakai di mana-mana majlis. Saiz dari 21 in hingga 23 in. Kecekapan dan kemahiran si pembuat terselah dalam menghasilkan songkok ini dengan garisan bumbungnya yang lebih bergaya. Harga RM25.00











4. Songkok SOB Super yang tingginya boleh dipilih dari 3 1/2, 4, 41/2, 43/4 in. Kualiti baldunya yang tinggi menghasilkan kesempurnaan sebuah songkok. Saiz dari 21 in hingga 23 in. Harga RM100.00.
Sekiranya anda suka yang lebih tinggi iaitu 5 in, harganya adalah RM110.00.
(Perhatian: Songkok ini akan dibuat mengikut tempahan. Dengan itu, sila berikan masa dari 5 hingga 7 hari )









5. Bagi mereka yang mementingkan pemakaian songkok yang tampan dan keselesaan yang tidak berbelah bahagi, songkok SOB Grade 1 ini adalah jawapannya. Anda boleh memilih ketinggian yang sesuai untuk anda. Harga RM190.00
(Perhatian: Songkok ini akan dibuat mengikut tempahan. Dengan itu, sila berikan masa dari 5 hingga 7 hari )


Monday, May 11, 2009

The Shop ( Muar branch )


Segalanya bermula di sini...setelah kedai 'lama' terbakar pada tahun 2005, kami terpaksa mencari tempat baru untuk berniaga. Alhamdulilah kami dapat membeli sebuah kedai yang juga sederet dengan kedai 'lama'. Alamatnya adalah no. 4 Jalan Abdullah, Muar, Johor.

Thursday, May 7, 2009

The Making of Songkok


Acuan songkok yang telah disediakan.








Kertas dipotong untuk membuat acuan dinding songkok.







Acuan dinding dijahit bersama baldu untuk dijadikan dinding songkok.








Dinding yang siap disarungkan ke acuan songkok tadi.








Bawah songkok dijahit sembat sebelum songkok siap untuk dipakai. Ketinggian songkok ini adalah 6 in.







Kebiasaannya songkok tinggi ini dipakai oleh mereka yang inginkan kelainan dalam penampilan diri apabila mengenakan pakaian melayu tradisional.