Sunday, June 21, 2009

Jualan Promosi di StarFresh Agro Park, Seremban

Aktiviti di StarFresh ( 19 - 22 Jun 2009 ) hanyalah sekadar mempromosikan kedai yang bakal dibuka nanti. Yang penting risalah-risalah tentang Kedai Hj Masood Hussin telah diedarkan kepada pengunjung-pengunjung yang datang ke sini.

Satu lagi gerai yang dibuka bersempena dengan Kembara Zoom Malaysia adalah Syamiz Collections - http://syamizcollections.blogspot.com Mereka menjual dan membekal kain kebaya, kain kurung moden dan telekong (dari Indonesia). Walaupun kadang-kadang kami dalam keadaan yang sangat dan panas, kami tetap setia menunggu dan melayan pelanggan-pelanggan yang ada sampai ke malam. Mungkin pelanggan-pelanggan agak kurang mengunjungi gerai kami, tapi itulah adat berniaga...mesti cekal dan tabah walaupun 'dingin' sambutannya.

Yang seronoknya aktiviti ini menjalinkan persahabatan di antara saya dengan warga pekerja di sini dan juga mereka yang terlibat di dalam program yang ada di StarFresh ini ... !

Bagi mereka yang belum lagi pernah ke sini, saya cadangkan agar cuba rasa masakan mereka...makanan Cina Islam dan yang terkini makanan Barat Halal juga disediakan. Anda pasti tidak akan kecewa. Layarilah laman web mereka di http://www.starfresh.com.my






Inilah gerainya dan ....














.... ditemani oleh dua gadis jelita ...














.... dan seorang jejaka tampan bersongkok tinggi.

Thursday, June 18, 2009

Pembukaan Kedai di Seremban

Alhamdulilah, cawangan Hj Masood Hussin akan dibuka di Seremban awal bulan depan. Silalah menjenguk ke kedai bila ada kelapangan. Alamat lengkap adalah seperti di bawah :-

Hj Masood Hussin ( cawangan )
No. 435 & 436, Lot G-02 Plaza Seremban Utara,
Jalan Tun Dr Ismail,
70200 Seremban, Negeri Sembilan

Kedai D'Mara ini dekat dengan Pasar Besar Seremban dan bersebelahan dengan Proton. Kalau nak singgah email atau telefon lah dulu...boleh saya siapkan minuman ringan....

Sementara itu, kami akan membuka gerai di StarFresh Agro Park mulai hari esok hingga hari Ahad ( 19 - 21 Jun 2009 ). Ini hanyalah sekadar memperkenalkan diri dengan masyarakat setempat. Kami akan menjual songkok ( harga pengenalan ! ), chapal, tudung, kain batik, kain pelekat, telekong dan banyak lagi... Kalau ada masa terluang, atau mungkin anda lalu ke arah Kuala Pilah, jangan lupo singgah sokojap. Makan kek sini pun sodap... tongah musim durian nih... dongar eh durian kek sini durian organik... bukan saje sodap tapi kesihatan pun terpoliharo.

Jangan lupo singgah kek kodai den.

Alamat StarFresh seperti di bawah:-
Lot 2599, 12 km Jalan Seremban-Kuala Pilah
70400 Seremban, Negeri Sembilan